Jenis brek cakera Brek_cakera

Brek cakera basikal mendaki bukit.

Reka bentuk brek cakera secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis:-

  • Angkup tetap - Angkup dibolkan atau diskrukan terus pada sistem gantungan untuk mengelakkan angkup daripada bergerak. Daya membrek dikenakan pada kedua-dua belah cakera melalui beberapa omboh di kedua-dua belah angkup. Reka bentuk ini popular pada kenderaan perlumbaan seperti motosikal sport dan kereta sport.
  • Angkup terapung - Angkup disambungkan pada sistem gantungan tetapi angkup masih boleh bergerak kerana dipasang pada satu pin pemandu. Tidak seperti jenis angkup tetap, kasut brek pada sebelah bahagian cakera dipasang pada angkup dan bukan pada omboh seperti pada permukaan cakera yang satu lagi. Lebihan tekanan hidraulik yang dikenakan pada omboh seterusnya dikenakan pada angkup, menyebabkan daya membrek pada sebelah bahagian cakera dikenakan oleh omboh manakala sebelah lagi oleh angkup.